UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK TAKRAW
1. PAKAIAN PEMAIN
- Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.
- Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan kepada pemain adalah di larang sama sekali.
- Pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-Shirt, satu set warna sama warna; pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam senarai pertandingan.
- Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan.
- Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.
- Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01 hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.
- Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.
- Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-Shirt.
2. BILANGAN PEMAIN SETIAP REGU
- Hanya seramai 3 orang.
- Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan sebagai tekong.
- Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit Kanan).
- Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.
3. SISTEM KIRAAN MATA
- Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya.
- Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata.
- Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya.
- Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan.
- Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
- Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata.
- Sebelum pusingan 'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula.
- Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.
4. KELEWATAN
- Hanya 10 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma atau tanpa bertanding, 2-0 (21-0 / 21-0).
sangat bagus
ReplyDelete