Latest Photos

KEMAHIRAN ASAS

KEMAHIRAN ASAS DALAM SEPAK TAKRAW


1.     Servis

2.     Melambung

3.     Mengumpan

4.     Menanduk

5.     Merejam

6.     Menghadang



1)  SERVIS

  • Dalam posisi yang bersedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum melakukan ayunan.
  • Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
  • Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki dan mengikut lajak.
    







2) MELAMBUNG

  • Terdapat empat fasa dalam membuat lambungan iaitu memegang bola, membengkok lutut, melempar bola dan ikut lajak.
  • Pegang bola dengan kemas dan fokus ke arah tekong,
  • Bengkokkan lutut bagi mendapatkan daya sebelum melakukan lambungan.
  • Luruskan lutut semasa bola dilepaskan dan mengikut lajak.


   













3) MENGUMPAN

  • Tiga fasa yang terlibat semsa mengumpan iaitu posisi diri sedia, dirian tapak dan melakukan sepakan.
  • Bersedia mengawal bola.
  • Bengkokkan lutut kiri bagi melakukan kestabilan.
  • Gunakan kemahiran sepak sila untuk melakukan umpanan
  • Imbangkan badan dengan tangan.











4) MENANDUK

  • Menanduk bola ialah kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar, mengumpan, mengawal dan merejam bola.
  • Teknik menanduk ialah dengan cara dongakkan muka, kemudian gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.





5) MEREJAM

  • Pelbagai jenis rejaman yang boleh dilakukan seperti rejaman gunting, rejaman sisi dan rejaman menapak.
  • Untuk menguasai kemahiran rejaman ini, pelajar mestilah mempunyai fleksibiliti, kuasa, ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
  • Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah bola.
  • Lonjakkan kaki kanan dan gunakan luar kaki untuk rejaman.











6) MENGHADANG

  • Menghadang bola ialah satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
  • Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
  • Tiga fasa utama dalam kemahiran menghadang :
  1. Diri sedia.
  2. Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5 m daripada jaring, semakin tinggi lompatan yang dibuat, semakin tinggi luas kawasan hadangan.
  3. Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam, batal jika menghadang menggunakan tangan

0 comments :

Post a Comment

Blogger news