Latest Photos

PERATURAN

Undang-undang Sepaktakraw

Saiz Gelanggang

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan )
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
1.3 Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
1.4 Garisan Suku Bulatan
Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.
1.5 Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang.
3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.

4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
4.2.1 Mempunyai 12 lubang.
4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.
4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.
4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana – mana kejohanan antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw  yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong” (server).
5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan ‟Apit Kiri ‟ manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan ‟Apit Kanan ‟. Kedua-dua pemain dinamakan ‟Apit‟.
5.4 Kejohanan Berpasukan
5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9) orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.
Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.
Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu
5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain (1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan.
5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan tersebut dan dianggap kalah.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.
6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.
6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai ‟track-suits‟.
6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen .
Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana haruslah mengikut peraturan pertandingan.
Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
6.6 Ketua regu hendaklah memakai „Arm Band‟ di lengan kiri.
6.7 Mana – mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih dahulu.

7. GANTIAN PEMAIN

7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.
7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu sahaja )
Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum  dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

8. UNDIAN DAN WARM-UP

8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii) Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan „Warm-Up‟ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA
9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan masing-masing.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.
10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.
10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan  dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan Pembantu Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.
10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperolehi.
10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga – tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

11. PERKARA-PERKARA BATAL

11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain – mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain – lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
11.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain – lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.
11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.
11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan
11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa „follow –through‟.
11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
11.3.4 Bola menyentuh tangan.
11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua – dua paha / kaki atau badan.
11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.8 Mana – mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.
12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata.
Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ).
Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’
12.3 Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira  memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.
Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.

13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.
Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.
Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik
13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.

14.     PERMAINAN TERGENDALA

14.1   Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
14.2   Pemain   yang  tercedera  dibenarkan  berehat dan menerima     rawatan sehingga   5  minit. Jika  selepas 5 minit, pemain  tidak  berupaya bermain, maka gantian     pemain   mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat kedua-dua pertukaran     pemain   seperti  di peraturan No. 7,  maka  regu  lawan akan dikira sebagai pemenang.
14.3   Cuma     Pengadil  Rasmi   sahaja  boleh   memberhentikan     perlawanan   apabila  berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.
14.4   Semasa   tempoh    permainan   diberhentikan,   semua    pemain tidak    dibenarkan keluar dari gelanggang  untuk  minum  atau mendapat tunjuk ajar.

15.     TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1   Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.
15.2   Hanya    Ketua   Regu     sahaja  dibenarkan     berjumpa    Pengadil   jika   ada   sebarang pertanyaan   atau inginkan   kepastian   mengenai   keputusan   yang   dibuat dan   Pengadil hendaklah memberi penerangan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
15.3   Pengurus   /  Jurulatih Rasmi    dan  Pegawai   dilarang   membantah   keputusan   Pengadil semasa  pertandingan   sedang  berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran    pertandingan. Tindakan disiplin boleh  di ambil terhadap pegawai berkenaan.

16.    HUKUMAN

16.1 KAD KUNING
Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:-
16.1.1  Tidak   menunjukkan     semangat    kesukanan    dan   melakukan   perkara- perkara  yang bertentangan dengan etika  sukan   yang    boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan.
16.1.2  Memaki atau mengeluarkan kata – kata kesat.
16.1.3 Berulang kali melakukan melanggar       Undang  – Undang    Permainan    dan Peraturan  pertandingan.
16.1.4  Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.
16.1.5  Masuk  keluar    gelanggang  tanpa  kebenaran Pengadil.
16.1.6  Dengan  sengaja  meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.
16.2    KAD MERAH
Kesalahan-kesalahan       yang   perlu  dihukum,    pemain    boleh   diberi  ‘kad merah’ jika melakukan  kesalahan berikut:-
16.2.1  Masih    berdegil  dan  berkelakuan  buruk    setelah  diberi  amaran  oleh  pengadil.
16.2.2  Berkelakuan     ganas  dengan    niat  untuk   mencederakan pihak  lawan.
16.2.3  Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.
16.2.4  Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
16.2.5  Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3    Mana    -  mana    pemain    yang melakukan     kesalahan   sama   ada   di dalam   atau  di luar gelanggang terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang   dimana   Kad   Kuning   telah   dikeluarkan  adalah   merupakan   tindakan   disiplin   yang perlu  diterima oleh semua pihak:
16.3.1    Kesalahan :     Kad Kuning Pertama
Hukuman : Amaran Biasa
16.3.2     Kesalahan :    Kad Kuning Kedua   diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi didalam  kejohanan yang sama.
Hukuman : Digantung satu perlawanan
16.3.3    Kesalahan :     Kad Kuning Ketiga diterima   setelah  digantung satu  perlawanan di kejohanan yang sama.
Hukuman : (i)  Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
16.3.4   Kesalahan :    Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama.
Hukuman : Digantung    serta-merta  dari   bermain   perlawanan     seterusnya sehingga  lembaga  disiplin  membuat keputusan.
16.3.5   Kesalahan :    Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.
Hukuman : (i) Digantung dua perlawanan.
(ii)  Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan   disiplin  ketiga   dalam mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.
16.4    Mana – mana pemain    yang   diperintah  keluar   gelanggang  oleh  Pengadil   sama    ada Kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap     pihak   lawan,   rakan   sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil,   Pengadil   Garisan atau mana-mana    pegawai: Kad Merah  akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-
16.4.1  Kesalahan :      Menerima Kad Merah
Hukuman : Di  gantung    serta – merta  daripada   bermain    dalam   mana  – mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.

17.     KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1    Tindakan   perlu diambil terhadap Pegawai  – Pegawai Pasukan   yang berkelakuan buruk atau menimbulkan  kekacauan semasa kejohanan dijalankan        sama  ada  di dalam atau  di luar gelanggang.
17.2    Mana-mana  pegawai     yang berkelakuan  buruk dan    menganggu     kelancaran pertandingan  akan  diiringi  keluar  oleh  Pegawai  Pertandingan      dari    gelanggang perlawanan.    Pengadil   akan   memberhentikan     pertandingan   serta  – merta   sehingga
Pegawai   Pertandingan     atau  Lembaga     Disiplin  Persatuan   Sepaktakraw    memberi isyarat meneruskan pertandingan.

18.    UMUM

18.1   Jika berlaku  pertelingkahan terhadap  mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam Undang-Undang  Permainan  ini,  keputusan  Pengadil   Rasmi  adalah muktamad.

PINDAAN DILULUSKAN

Pindaan Undang-undang Permainan   ini telah  diluluskan  semasa   Kongres  ISTAF    pada 17 hb Januari 2011 di  Bangkok, Thailand.

0 comments :

Post a Comment

Blogger news